Saturday, April 4, 2009

Review Khas - Majalah IM #12 - Affiliate Marketing (Download Sekarang)


Salam kepada pembaca semua. Kali ini saya rasa terpanggil lagi untuk mereview majalah yang tidak asing lagi didalam perniagaan internet di Malaysia ini. Diterbitkan setiap bulan oleh FlareBiz Network, dan yang paling penting ianya diberikan secara percuma. Dapatkan disini sekarang.

Jadi, untuk edisi bulan ini, keluaran ke 12, Majalah IM membawakan satu topik yang tak asing dan sangat popular di kalangan internet marketer seluruh dunia amnya dan seluruh Malaysia khususnya iaitu Affilliate Marketing. Di awal pembukaan Majalah IM ini, di terangkan secara sepintas lalu mengenai apa yang dimaksudkan dengan affilliate marketing atau pemasaran affilliate tersebut.

Selanjutnya pula, 10 tips affilliate marketing pula diberikan. Penghargaan diberikan kepada Fatin Pauzi dan Mohd Muslim dari majalahim.com, kerana memberikan tips yang begitu berguna kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam pemasaran affilliate ini.

Mengambil slot dalam keluaran kali ini, Galadriel dengan kepakaran dan pengalaman mengupas dan memberi takrifan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam affilliate marketing ini. Ingin tahu bagaimana ini pemasara affilliate wujud sebagai cabang perniagaan internet ini? Jangan terlupa untuk membaca artikel yang telah disediakan oleh saudara Irwan Dahnil.

Untuk berjaya bukan la semudah yang disangka. Tanpa sebarang strategi segala impian akan musnah dalam sekelip mata. Jadi dalam edisi kali ini, 5 resepi penting kejayaan turut diselitkan yang di tulis oleh saudara Amar Mahmood.

Setiap langkah haruslah di rancang dengan bijak dan teratur. Itulah yang di tekankan oleh Otai IM kita, saudara Zamri Nanyan dalam artikelnya iaitu Panduan ringkas langkah demi langkah menjadi Super affiliate. Siap tunjuk bukti kejayaan lagi tu. Tak tercalar ke? Tak percaya? Lihat disini Majalah IM #12. Manakala artikel Teknik Mudah Affiliate Marketing dari Mohd Zulfadli aka smartzul menambahkan lagi kemantapan perisediaan kearah menjadi affiliate marketer.

Inspirasi IM kali ini diberikan kepada Badruzamani iaitu pelopor idea pemasaran internet OKU tempatan. Artikel yang penuh inspirasi dari saudara Zamri Mohamad. Saudara Shueqry pula tampil dengan artikel 7 Petanda Kepositifan Diri. Wajib baca ni kalau ingin menceburkan diri dalam IM.

Soal jawab kali ini membincangkan salah satu komponen penting dalam affiliate marketing iaitu 'cloak'. Ingin tahu apa dia yang dimaksudkan dengan 'cloak', bukan jam tau, saudara Amirol Zolkifli ada jawapannya.

Temubual Majalah IM kali ini membawakan seorang perintis perniagaan internet di Malaysia iaitu saudara Yusri. Beliau telah menceburi perniagaan internet sejak tahun 1999 dan antara kepakaran beliau ialah affiliate marketing. Banyak pengalaman dan tips yang dikongsikan dalam temuabual kali ini.

Dan akhir sekali, produk review kali ini ialah rahsia newbie clickbank. Produk ini hanya boleh didapati dengan membeli produk rahsia clickbank yang dilancarkan oleh saudara Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan. Tidak dijual kepada umum. Edisi terhad. Sampai disini saja untuk review Majalah IM #12. Jangan lupa dapatkannya sekarang. Selamat Maju Jaya Majalah IM.




0 comment: