Thursday, April 30, 2009

Lama aku menyepi

Salam...dekat sebulan gak aku tak sempat nak update blog kesayanganku ini...
dalam kesempatan yang teramat sikit ni..nak gak la aku mencoret barang sepatah orang berpatah-patah untuk meriahkan sikit blog aku yang agak suram ni..
bukan ape..aku mmg bz sikit sejak masuk GEMS ni....tau ke ape GEMS tu?
GEMS stand for Graduate Employlibilty Management Scheme di bawah Khazanah Nasional Bhd...
ape yang ade dalam program ni?
macam2 ade...aku belajar banyak benda..mula dari pengurusan diri sampai la kepada pembangunan diri..dalam erti kata lain aku blajar soft skill...

mggu nih aku blajar Problem solving and tadi baru habis Personal Grooming..
kene grooming habis beb...yang problem solving tu satu hal plak..ade je masalah nak kene setel...huh...nampak sangat la banyak masalah...hahaha...

Tadi grooming dah la kene Catwalk dalam kelas...nak taknak terpaksa la tunjuk bakat Kucing jalan..hahaha.....serabai je...jalan pon terabur..
tapi yang paling membuat aku sgt2 bz ialah aku kene handle sukan..tiap2 ptg ade game yang nak kene buat...tempoh 2 bln plak tu...erm...xpela...at least aku blajar cara camner pengurusan event..penat pala otak beb...
sebenarnya aku ni dah tak tau nak ckp pe lagi..nnt aku update la lagi kalau sempat yek...bsk nak bertolak ke shah alam...En. Romi nak kawen..yeay!!!

Saturday, April 4, 2009

Review Khas - Majalah IM #12 - Affiliate Marketing (Download Sekarang)


Salam kepada pembaca semua. Kali ini saya rasa terpanggil lagi untuk mereview majalah yang tidak asing lagi didalam perniagaan internet di Malaysia ini. Diterbitkan setiap bulan oleh FlareBiz Network, dan yang paling penting ianya diberikan secara percuma. Dapatkan disini sekarang.

Jadi, untuk edisi bulan ini, keluaran ke 12, Majalah IM membawakan satu topik yang tak asing dan sangat popular di kalangan internet marketer seluruh dunia amnya dan seluruh Malaysia khususnya iaitu Affilliate Marketing. Di awal pembukaan Majalah IM ini, di terangkan secara sepintas lalu mengenai apa yang dimaksudkan dengan affilliate marketing atau pemasaran affilliate tersebut.

Selanjutnya pula, 10 tips affilliate marketing pula diberikan. Penghargaan diberikan kepada Fatin Pauzi dan Mohd Muslim dari majalahim.com, kerana memberikan tips yang begitu berguna kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam pemasaran affilliate ini.

Mengambil slot dalam keluaran kali ini, Galadriel dengan kepakaran dan pengalaman mengupas dan memberi takrifan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam affilliate marketing ini. Ingin tahu bagaimana ini pemasara affilliate wujud sebagai cabang perniagaan internet ini? Jangan terlupa untuk membaca artikel yang telah disediakan oleh saudara Irwan Dahnil.

Untuk berjaya bukan la semudah yang disangka. Tanpa sebarang strategi segala impian akan musnah dalam sekelip mata. Jadi dalam edisi kali ini, 5 resepi penting kejayaan turut diselitkan yang di tulis oleh saudara Amar Mahmood.

Setiap langkah haruslah di rancang dengan bijak dan teratur. Itulah yang di tekankan oleh Otai IM kita, saudara Zamri Nanyan dalam artikelnya iaitu Panduan ringkas langkah demi langkah menjadi Super affiliate. Siap tunjuk bukti kejayaan lagi tu. Tak tercalar ke? Tak percaya? Lihat disini Majalah IM #12. Manakala artikel Teknik Mudah Affiliate Marketing dari Mohd Zulfadli aka smartzul menambahkan lagi kemantapan perisediaan kearah menjadi affiliate marketer.

Inspirasi IM kali ini diberikan kepada Badruzamani iaitu pelopor idea pemasaran internet OKU tempatan. Artikel yang penuh inspirasi dari saudara Zamri Mohamad. Saudara Shueqry pula tampil dengan artikel 7 Petanda Kepositifan Diri. Wajib baca ni kalau ingin menceburkan diri dalam IM.

Soal jawab kali ini membincangkan salah satu komponen penting dalam affiliate marketing iaitu 'cloak'. Ingin tahu apa dia yang dimaksudkan dengan 'cloak', bukan jam tau, saudara Amirol Zolkifli ada jawapannya.

Temubual Majalah IM kali ini membawakan seorang perintis perniagaan internet di Malaysia iaitu saudara Yusri. Beliau telah menceburi perniagaan internet sejak tahun 1999 dan antara kepakaran beliau ialah affiliate marketing. Banyak pengalaman dan tips yang dikongsikan dalam temuabual kali ini.

Dan akhir sekali, produk review kali ini ialah rahsia newbie clickbank. Produk ini hanya boleh didapati dengan membeli produk rahsia clickbank yang dilancarkan oleh saudara Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan. Tidak dijual kepada umum. Edisi terhad. Sampai disini saja untuk review Majalah IM #12. Jangan lupa dapatkannya sekarang. Selamat Maju Jaya Majalah IM.




Friday, April 3, 2009

Keberangkatan Ke Desaru

* ahad ni aku dah nak bertolak ke Desaru coz aku join GEMS Program..sape yang xtau ape GEMS ni...gi la Google sendiri yek..

*ape yang aku nak cite kat sini ialah, aku maybe akan lost contact dengan tenet ni...coz even the tempat aku training tu nnt ade kemudahan internet, tapi kene bayar mahal woooo....terpaksa la aku seminggu skali dapat akses tenet ni...

*nak tau katne tempat aku training tu nnt? jeng jeng jeng...Desaru Golden Beach Hotel!!!
aku dah tgk ptg td...luar mmg nampak buruk la..tapi dalam aku tak masuk lg..coz td gi pusing2 desaru je...

*ape yang membua aku terkilan dengan tenet ni bukan ape, nak di jadikan cite,skang nih aku tgh wat pojek cari galu duit dari Youtube, tu yang frust ckit, dah la aku nak upload byk clip nih, terpaksa la tunggu hujung minggu balik umah atok aku kat air tawar 1 ni..coz umah atok aku nih ade tenet berkelajuan tinggi..haaa..jangan tak tau..atok aku celik IT wooo...siap ade blog sendiri lg..tapi aku mls nak add kat blog aku..hahaha..

*owh..mesti korg nak tau ape yg aku wat dengan Youtube tu kan, camne plak aku bole dapat duit just gi Youtube tu kan? pelik kan? ade rasa nak tau tak? kalau taknak tau mmg rugi besar la korg...senang je..budak 14thn pon boleh dapat RM14k dalam masa 2 bulan tau..

*ade la 1 produk ni...kalau korg tgk kat iklan2 aku tu,yang ade gambar Youtube,haaa,yang tu ler..teknik mmg berkesan la...dalam masa 2 hari pas aku upload clip aku,aku dah dpt 1k lebih views...sume teknik yang di ajar aku ikut btol2...

*tapi sebelum ape2, aku nak bg tau,korg kene tuko mindset dulu,mmg la kite cpt kelabu bile aku ckp bole dpt duit ribu2 dlm jgka masa pendek je kan, yang penting kat sini ialah korg mesti kene fokus..yee...fokus dlm ape yang korg akan buat..dan yang penting selain tu ialah jangan mudah putus asa beb...so jangan malu2 la belajar teknik ni...