Saturday, March 7, 2009

Review Majalah IM


salam semua..buat julung kalinya saya menyertai pertandingan sebegini. Untuk makluman, saya masih lagi baru dan sedang berjinak-jinak dengan perniagaan internet ini.

Baiklah, sebelum saya memulakan ulasan saya untuk majalah IM edisi 11 ini,adalah lebih baik saya memperkenalkan dahulu majalah yang pertama seumpamanya diterbitkan khusus untuk perniagaan internet di Malaysia ini. Majalah IM ini adalah hasil dari kerjasama usahawn-usahawan internet di Malaysia ini yang bergabung tenaga untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang ini untuk tatapan dan boleh dijadikan panduan yang berguna bagi mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan internet ini. Ia diterbitkan setiap bulan dan yang paling penting ianya percuma!Dapatkan disini..

Ok.berbalik kepada majalah edisi ke 11 kali ini, satu perkataan saja yang saya dapat simpulkan disini ialah edisi kali ini adalah yang terbaik dalam membincangkan mengenai perniagaan perkhidmatan dalam internet yang menjadi salah satu cabang dalam perniagaan internet ini. Segala maksud atau pengertian dijelaskan dengan menarik dan mudah untuk difahami jika dilihat dari struktur ayat dan kosa kata yang digunakan. Tidak hairanlah jika saya berkata begitu,kerana semua penulis-penulis adalah mereka yang benar-benar mahir dalam bidang ini.

Pelbagai isu dikupas dengan begitu tersusun dan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada pembaca yang mungkin sebelum ini kabur tentang ape die perkhidmatan dalam perniagaan internet. Disamping itu, tidak lupa di selitkan mengenai kaitan perniagaan dan Islam, satu pendekatan yang sesuai digunakan disini dalam menerangkan antara tuntutan dunia dan akhirat.

Dan yang paling menarik dalam edisi kali ini adalah temuabual bersama kartunis ubi. Beliau sememangnya sudah dikenali dalam arena komik tempatan kini telah melangkah maju dalam mengembangkan bakat yang ada pada beliau dan sekali gus dapat mejana pendapatan yang lumayan dari bakat yang beliau ada. Tahniah di ucapkan.

Baiklah, sebagai kesimpulannya, majalah ini banyak member manfaat dan sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dan sumber maklumat khusus dalam perniagaan internet ini. Selamat maju jaya.


0 comment: